Tepat jam 12:00 malam tadi, hubby dah terlena sebab kepenatan... anak2 semua dah landing baik atas tilam tengah layan game dlm Iphone... Perlahan2 aku bangun keluar bilik pastu tiba2 Adam muncul carik mama kat bilik dia.. "mama buat pe?" "Jom ikut mama kita nyanyi lagu happy birthday tuk papa"..
Masa mama & adam nyanyi lagu Happy birthday dengan Macaroon warna warni dlm bekas papa tak sedar pun! Last sekali Adam kena kejutkan papa... Tido mati pulak birthday boy! Papa terjaga dgn mamai terkejut tgk mama, adam & iris dgn sebekas macaroon depan mata.... Selesai acara makan macaroon di tengah malam kami masing2 wish papa sekali lagi dan bagi BIG HUG utk papa...Kenapa macaroon? Oh sebab dah jemu asyik makan kek aje, so ada kelainan skit sebab papa memang suke makan macaroon...
Untuk Chenta Hatiku, Selamat Hari Lahir yg ke 36 tahun, Semoga Allah panjangkan usia Abang, murahkan rezki kita sekeluarga dan kebahagiaan akan sentiasa bersama kita selalu... Sayang dan anak2 akan bersama dgn Abang walau dalam susah dan senang kerana sebahagian hidup kami adalah milik Abang.

0 comments:
Post a Comment