Ini bukan tajuk cerita drama kat tv, tp tema wedding Ghan, anak sedara aku. start dari Jumaat sampai Ahad lepas.Ini kali kedua kakak aku buat kenduri kawin anaknya. Tema kali ni purple Lavender.Semua berjalan lancar w/pun ada kekurangan skit...
JuMaat 3/2
Majlis nikah lepas isyak berjalan lancar di rumah pengantin pompuan di Teluk Pulai, Klang. Kami sekeluarga serba pink.. Segak bergaya anak sedara aku ni, kiranya dia yg paling hensem di antara adik beradiknya.. pasangan nya pun cantik berseri, kira sama cantik dan sama padan...
Malam tu kedatangan kami macam kelam kabut skit di sambut tuan rumah. Rumah pengantin pompuan kecik ruang tamunya. Kat situlah pelamin, akad nikah di buat dan sedara belah pompuan duduk, akhirnya kami sedara belah lelaki duk kat khemah kat luar sebab sempit. Mintak maaf lah tuan rumah ye sebab tak sediakan tempat yang luas, family kami besar...jadi ada sebahagian kami yang makan dulu masa majlis akad nikah berlansung...
Apa2 pun bravo... utk anak sedara aku hanya sekali lafaz akad dah sah...lepas tu sessi bergambar dengan keluarga. Kami balik dgn perut kenyang dijamu nasi lemak dan kuih muih.
Sabtu 4/2
Orang rewang dah start datang bergotong royong masak lauk kenduri utk malam sabtu & ahad. Menu malam sabtu mee kari & satay. Tp daging masak dendeng dah kena masak sbb proses memasaknya lama w/pun nk kena hidang hri ahad.. majlis bersanding belah pompuan aku tak ikut sbb sibuk rebus telur masin tuk bunga telur teddy bear cukur jambul Keisha.Malam jumaat kononnya nk tido rumah, tak jadi sbb sampai rumah mak aku pun dh kul 11:30 mlm. Adam pun dah tido. Dia tak ikut masa majlis akad nikah, so tghari balik rumah ambik baju tuk 3 hari sekali.
Marhaban & Khatam Quran start dlm kul 8:30, aku sempat tidokan keisha. So masa time cukur jambul tu dia mamai...tapi tak menangis. Kali ni mama yang dukung Keisha bkn papa sbb marhaban org pompuan. Tapi papa tak sempat tengok keisha masa cukur jambul sbb dia lepak jauh dari rumah pengantin, pastu marah2 mama plak kenapa tak panggil...ok nanti aku sambung, panjang ceritanya ni...








0 comments:
Post a Comment