Sunyi rasanya rumah aku ni tanpa kedengaran suara hubby bergurau senda dgn anak2... Malam ni malam ke 2 aku hanya ditemani anak2. Cuti sekolah hari tu bolehlah anak sedara aku tido rumah aku bila hubby outstation. Sekarang ni kena tawakal ajelah... dan berdoa tiada apa2 yang tak elok berlaku sepanjang hubby tak de. Hari rabu malam baru sampai dr Jakarta...
Adam masih berjaga baca komik sebelum tido... aku rasa dia tak boleh tido sbb teringat papanya. Tadi dia cakap masa kat sekolah waktu perhimpunan tiba2 air mata dia mengalir sbb teringat kan papanya selalu hantar dia ke assembly area kat sekolah. Tadi pagi aku hantar dia depan pagar sekolah sbb Iris & Keisha tido dalam keta. Kak aisy pulak siap marah2 aku lagi... sbb dah malam kenapa tak ambik papa balik keje. Aduhai anak....mama pun rindu papa jugak, tp papa ke jakarta kerana kerja... cari rezeki utk kita sekeluarga. Sabar ye, nanti hari rabu papa balik... boleh lepaskan rindu kat papa. Cuma Keisha saja yg x mengerti apa2... dia dah selamat tido bersama kak aisy sbb ubat demam baru aje mama bagi....
0 comments:
Post a Comment