Malam ni first night adam nak tidur bilik sendiri. Sejak hari khamis lagi aku dah bagitau dia... Sabtu malam adam kena belajar tidur bilik Adam. Memang aku rasa dah terlambat nak ajar dia pisah bilik tido dgn aku..bukan saja2 tapi keadaan memaksa adam tido dgn kita orang lagi. Korang faham2 lah aku baru 6 bulan pindah rumah, selama ni memang aku tak pisahkan adam sebab aku masih duduk dgn mak aku.So bila dah pindah rumah,kenalah ajar anak bujang aku ni tidur bilik sendiri...
Lepas kemas bilik adam, pasang cadar, vakum lantai dan on kan air-cond semua... Adam masuk biliknya dgn muka sedih..."Mama bole tak malam ni semua org tido bilik adam?"...Ahhh sudahnya satu family tido bilik Adam...terpaksalah mama angkat tilam bentang kat bilik Adam...
Okay lah adam.. untuk permulaan ni papa akan temankan adam sampai Adam tertido...Iris pulak tak nak tido dgn abangnya.. Asyik nak berkepit celah ketiak mama saja...So mama pulak akan tido dgn Iris & Keisha kat bilik mama...
0 comments:
Post a Comment