Dec 23, 2011

"Sentap hati mak"!

Assalamualaikum wbt... Salam jumaat semua.Rasanya dah lama aku tak lepas kan geram dalam blog, posting geram sebelum ni pun dah aku delete... sebabnya aku tak nk jadikan blog nie blog lepas geram... tp kali nie aku nak cerita pasal cerita sentap!

Ceritanya gini, aku tak pernah kenal dan jumpa seorang akak nie. Jumpa dia pun secara x sengaja, seorang kawan yg aku baru kenal ajak jumpa. Banyak kali call tp aku busy skit minggu tu dgn keje aku.. so aku cakap dgn kawan baru aku tu, jumpa weekend kat satu tempat. Appointment dari kul 3 jd kul 1... Aku ckp tak boleh lama sbb aku ada hal kul 2 dgn property agent. Kawan aku pun ok. Aku mmg tak tahu yg kwn baru aku nie nak bawak akak tu sekali. Sebab bila aku tanya pasal apa nak jumpa... dia ckp women talks only... Aku dah syak mesti pasal MLM... atau pun jual barang!

Aku lambat skit sampai dalam 1:30 camtu sbb settle kan hal anak2 aku dulu. sibbaik jumpa akak nie dgn kawan aku tu sekejap jer kalau tak mmg aku dah berapi time tu...Sembang punye sembang.. akak tu nk introduce pasal satu produk kesihatan, akak tu cerita lah pengalaman dia ambik produk tu... akak nie ada sakit asthma, di sebabkan ubat yg akak tu ambik, kesan nya buat akak tu chubby & nampak tua dr usia sebenarnya. Akak ni dah 40an, anak dah 5 org dan baru lepas bersalin anak no.5... Mmg masa aku tgk gambar yang akak nie tunjuk... Banyak perbezaan penampilan dia masa muda belia dan bila dah masuk umur 40an...

Kiranya akak nie bila dah ambik produk kesihatan tu lagi nampak muda dan bergaya lah...gambar umur dia 27 thn dia sendiri kata macam nyonya jual sayur!... So sekarang nie sbb dah ambik produk kesihatan tu... dia rasa sihat dan lebih yakin dgn diri sendiri... Kiranya dia rasa tambah cantiklah diri dia...

Tapi bila aku tanya produk kesihatan jenis apa yang dia jual, aku nak tengok katalog ke ape, dia suh buat pemeriksaan kesihatan dulu kat pusat jualan produk tu... Aik, aku dalan hati jer lah cakap, ko nak jual barang tp suh aku buat pemeriksaan kesihatan dulu... Ini dia pasang perangkap... kang kalau aku dah terjebak... susah plak. Yang buat aku sentap tu, dia buat statement.." akak tengok lah fadil nie tak nampak cam l****r pun kalau tgk dr pakaian dan penanmpilan.. kena ambik produk akak ni baru nampak bergaya. Akak cam tak caya umur fadil baru awal 30an...cam lewat 30an sbb simple aje dressing fadil".

Aku jawab "oh! saya mmg low profile kak, lagi pun lepas ni saya nak gi office nak settlekan urusan mengecat dan beli office furniture... Itu yg simple aje... tak kan saya nak pakai slack & office wear... saya pakai jeans dgn t-shirt je kak"... Tp dalam hati dan panas & sentap. Ko nak jual barang tak yah lah nak condenm penampilan orang, gunalah bahasa yang sopan skit supaya potential client kau terjebak dgn produk ko...aku dlm hati dah reject akak nie...

Penampilan aku mmg simple sgt time tu sbb aku nak berurusan pasal ambik kunci opis baru dari agent, settlekan pasal warna cat dan beli office furniture dgn partner aku. Lagi pun weekend, aku pakai jeans + t-shirt jelah... Terus aku tak angkat pun bila akak tu call balik dan sms aku bila nak jumpa buat pemeriksaan kesihatan. Sentap tau hati mak nie...!

0 comments:

Post a Comment