Jun 1, 2012

Penantian yang berbaloi...

Assalamualaikum wbt... Salam pagi jumaat semua. Hri ni sebelum subuh dah bangun. Selalu subuh gajah baru bangun hahaha... Pagi tadi memang kena bangun awal sebab hri ni first day hubby kerja di company baru. So no more outstation ke Indonesia... tersangat lega di situ, sebab tak akan kena tinggal selalu bersama dengan anak-anak...

Malam tdi konon nak tido awal sebab nak bangun awal pagi. So malam tadi tak dapat jugak nak tido awal sebab balik dari rumah MIL pun dah kul 11:30 malam.... Pagi tadi bila dengar alarm handphone kul 5:30 pagi masih liat mata ni nak bukak. Tp teringat nak tempuh traffic jam kat jalan duta.. cepat-cepat bangun. Maklumlah dah lama tak pergi kl waktu pagi...Selama 7 bulan hubby kerja di Neo Damansara selalu sangat dia masuk kul 11 pagi... sukahati dia jer kan!Sebab hari ni first day hubby di company baru... aku pun sudi menghantar dia... maklumlah ada satu kereta aje sekarang ni, kesian plak nak suh dia naik komuter dari shah alam... Then tukar naik LRT kat KL Sentral...walaupun stesyen LRT Masjid Jamek sebelah office dia je...

Okaylah... aku nak pergi melawat kawasan dulu...nanti aku citer apa yang aku dapat kat kawasan lama aku tu. Anyway, selamat bekerja Dear... walaupun kerja di company baru ni nak dapat kerja di situ punyalah lama menunggu... bertahun mencuba untuk kerja di situ... akhirnya lepas 7 tahun mencuba, dapat jugak menembusi tembok kebal company tu... dengan post yang berbaloi...Kiranya penantian selama 7 tahun memang berbaloi-baloi..Terima kasih Allah atas pemberian rezeki ini. Syukur padaMu ya Allah...

May 31, 2012

9 tahun berlalu..

Minggu lepas korang tengok citer Paan & Paiz kat tv3 tak? Hari rabu minggu lepas citer Paan & Paiz berkisar pasal Dira,wife si Paiz jugak adik si Paan suka sangat sambut hari2 istimewa dalam hidup dia dan Paiz. Sampaikan anniversary kali pertama gaduh pun nak disambutnya. So dua orang kawan baik tu nak gi Singapore utk tgk filem Star Wars yg mana peminat satu dunia datang nak celebrate tp tarikh nya sama dgn anniversary Dira & Paiz declare sbg couple. So macam2 cara derang cuba nak delete reminder kat calender dlm hpone Dira. Hahaha lawak betul...

Tp dulu-dulu aku pun camtu gak masa, bercinta....ada aje hari istimewa nak di sambut sampaikan hubby aku pun tak ingat dah tarikh-tarikh tu...contohnya tarikh first day dpt call dr hubby, tarikh first date, tarikh declared as a couple, haish!.... macam-macam tarikh istimewalah nak kena sambut.Tp lepas kahwin hanya ada beberapa tarikh penting aje yg aku bagi tahu hubby kena ingat macam birthday aku dan anak2.. & wedding anniversary.Tp kalau birthday isteri, anak2 & wedding anniversary pun susah nak ingat, memanglah melampau!...

So untuk wedding anniversary yg ke 9 tahun ni... bila tepat jam 12 tgh malam tadi masing2 leka tengok citer hidustan 3 idiots kat tv2... bila dah dekat kul 1 pagi baru aku terperasan... Hah! baru fadan muka aku.... Dua-dua leka tengok citer hindustan sampai tak sedar nak wish... Tapi lepas tu cepat-cepat wish Happy Anniversary...

"Kanda....
Tiada ucapan indah dari Dinda buat Kanda, hanya Doa mengiringi Kanda di setiap langkah, kesihatan & jiwa.Hanya minta Allah pelihara keharmonian rumahtangga kita sehingga tertutup mata...Dinda"

May 27, 2012

Terjumpa Zahiril Adzim di SpaceU8...


 Sejak citer Paan & Paiz muncul kat TV3...saban minggu kami sekeluarga memang tak pernah missed tengok. Rasanya gandingan Zahiril Adzim & Zalif Sidek sangat sesuai... Then lately ni hubby aku suka sangat tengok filem /drama lakonan Zahiril Adzim...anak2 pulak especially Adam & Iris suker sangat tengok lakonan Mat saje @ Zalif Sidek...


Beberapa bulan lepas rasanya Astro ada tayang telemovie Parit Jawa...hah! citer ni memang menggunakan bahasa jawa sebagai medium komunikasinya. Memang nak tergelak aje bila dengar pelakon bukan dari keturunan jawa macam Zahiril Adzim bercakap jawa...tapi not bad! Pelakon Ruminah Sidek tu memang berketurunan jawa...orang kampung aku jugak jadi bila dia berlakon cakap bahasa jawa tidaklah kelakar...Tapi aku bangga lah dengan penerbit telemovie Parit Jawa tu...Jalan cerita yang bagus dan pelakon nya jugak hebat-hebat belaka...

Dalam telemovie Parit Jawa tu Zahiril Adzim jadi anak bongsu lelaki dalam adik beradik seramai 6 orang kot...nama manja dia Tol Ley..kalau dalam bahasa jawa maknanya anak manja lelaki...macam nama panggilan Abang aku yang no.3...aku rasa memang akan ada nama panggilan Tol Ley di kalangan anak lelaki dalam keluarga berketurunan jawa. Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga terserempak dengan Zahiril Adzim kat Space U8. Actually baru habis tengok wayang citer Men In Black 3...adam nak layan konsert Versus kat Ground Floor...sekali tu ternampak Zahiril Adzim tengah duduk kat booth mak dia yang menjual second hand book & magazine...



Kak aisy malu nak bergambar...jadi abang Adam & papa jer yang bergambar bersama...Sebelum tu sempat borak2 dengan Zahiril Adzim...katanya dia cuma belajar bercakap jawa untuk telemovie Parit Jawa tu 2 hari...wah..wah..wah...baguslah dia ni. Mungkin lidah dia lembut dan senang belajar cakap bahasa jawa sebab tu 2 hari berlatih dah boleh bercakap...hubby aku dah nak 9 tahun kahwin baru fasih bercakap jawa....bravo Zahiril Adzim!Pelakon ni pun ada blog tau...kalau korang suka baca puisi dia, boleh lah singgah ke blog Zahiril Adzim

Ini sinopsis telefilem Parit Jawa...aku copy dari mStar Online.

KUALA LUMPUR: Supertelefilem, Parit Jawa yang bakal disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini bukan sekadar memaparkan tentang isu berebut tanah.

Malah menurut pengarahnya, Tunku Mona Riza Tengku Khalid, 44, ceritanya turut menggarap mesej kepada masyarakat hari ini supaya menjaga amanat yang diberikan oleh ibu dan bapa.“Pada mulanya, saya menolak untuk mengarah cerita tentang isu berebut tanah ini kerana pada saya cerita sebegini sudah banyak kali disiarkan di televisyen.

“Tetapi setelah berbincang dan berdebat dengan pihak yang menyumbangkan idea asal cerita ini, Saniboey Mohd Ismail, baru saya bersetuju apabila kami mula menokok tambah cerita asal itu menjadi lebih menarik dan berlainan daripada cerita yang ada sebelum ini,” katanya sewaktu sidang media selepas tayangan Parit Jawa di GSC Signature, Gardens, di sini, Rabu.Ini merupakan telefilem kedua yang diarahkan oleh Mona selepas telefilem Uri yang disiarkan di saluran yang sama.


Mona mempunyai pengalaman mengarah iklan dan berkhidmat dalam bidang periklanan selama 20 tahun sebelum mendalami bidang perfileman di New York Film Academy, Los Angeles pada 2004.
Menyentuh Parit Jawa yang turut menggunakan salah sebuah nama tempat di Muar, Johor, Mona mempunyai dua sebab mengapa kehidupan masyarakat Jawa yang diangkat sebagai latar belakang cerita ini.

“Saya mempunyai alasan kuat tentang kehidupan orang Jawa dan lokasi Parit Jawa yang dipilih kerana yang pertama, dalam sejarah ada menceritakan tentang kebanyakan orang Jawa yang menetap dan menerokai tanah di Parit Jawa.

“Seperkara lagi adalah burung botak di pantai di Parit Jawa yang semakin pupus jika pantai itu tidak dijaga oleh masyarakat tempatan,” jelasnya.

Mona juga berasa agak bertuah apabila mendapat kerjasama daripada para pelakon hebat seperti Ruminah Sidek, Eman Manan, Zahiril Adzim, Nam ron, Ghazali Abu Noh, Jalil Hamid, Safura dan Rashidah Jaafar.

“Dalam masa dua minggu selepas memberikan tawaran, setiap pelakon memberikan persetujuan.
“Cuma masalah yang dihadapi pada mulanya adalah untuk membuat jadual penggambaran kerana ada di antaranya yang sibuk dengan kerja masing-masing.

“Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setelah mendapat persetujuan daripada mereka,” ujarnya lagi.

Selain dapat menonton supertelefilem ini, pelanggan Astro Box Office Movie Tayangan Hebat juga berpeluang menonton filem Hindustan berjudul Chillar Party, filem Catch Me I’m In Love (Filipina), filem The Nutcracker (United Kingdom), Haunted (India), The Cinderalla (Thailand) dan Kuntilanak Kesurupan (Indonesia) pada harga RM9.95.

May 26, 2012

Sejuk mata memandang...

Hampir setahun duduk rumah sendiri... baru tergerak hati nak bagi seri kat porch kereta rumah kami. Sebenarnya dah lama usulkan kat hubby beli pokok bunga untuk bagi hijau kat laman rumah yang sekangkang kera tu...tapi bila aku bagi beberapa nama jenis pokok bunga yang aku nak tanam asyik kena reject jer...

Hubby aku suka jenis pokok yang berbunga...aku pulak suka pokok yang berdaun hijau jer... So bila dah bincang aku & hubby setuju utk tanam pokok yang senang dijaga jer... sebab tangan aku ni bukan jenis yang tanam bunga je terus hidup segar camtu... So akhirnya aku beli pokok bunga kemboja. Kalau anak pokok kemboja kebanyakan nursery jual dengan harga RM30 sepasu tapi kalau pokok tu tinggi sikit harga jadi RM45...aku beli pokok ni kat tapak jualan organik & herba depan Laman Budaya Shah Alam.Pasal penjagaan pokok ni senang jer, seminggu 2 kali aje siram... tapi jangan letak kat kawasan panas kena letak kat kawasan redup..Satu lagi pokok yang aku berkenan pokok bunga "Ong" atau Money plant. Tapi belum sempat nak pergi beli lagi.Kalau aku balik Meru nanti aku nak pergi carik pasu utk pokok bunga kemboja yang baru beli tu,aku carik sekali pokok bunga Ong.

Semalam petang tengah exercise main badminton dengan Adam, ada pulak tukang kebun jiran aku tu offer nak tanamkan rumput kat kawasan tanah tepi porch dan luar auto gate rumah aku. Lepas bincang kos... murah jer rupanya tanam rumput tp tukang kebun tu bagi tahu harga pokok Doa mahal skit...alah pokok yang harga anak pokok pun dah beratus....aku kata tahu harga memang beratus... Tp hubby & aku nak jugak pokok Doa tu... Pastu terus bagi duit dan dia akan start buat keje hari ni...

Inilah hasil kerja tukang kebun@ Kumar tu... dalam masa sebulan lagi rumput tu akan tumbuh dan jadilah sejuk aje mata ni memandang...

Keisha yg kuat merajuk...

Budak kenit 13 bulan ni sekarang kuat sangaaaaaat..... merajuk. Pantang mama dan papa tinggi suara larang dia tengah buat kerja yg tak sepatutnya... contoh macam dia tengah leka menggigit Blackberry papa, terus waaaaa menangis... atau pun buat muka sedih menyorok belakang sofa. Kekadang tu kelakar jugak bila tengok peel budak 13 bulan ni lari merajuk belakang sofa....Papa kata perangai merajuk ni ikut perangai mama.. Ye ke?Hehehe... mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....Tapi kadang-kadang mama buat tak tahu jer dengan perangai merajuk keisha... kalau dilayan nanti sampai besar melekat pulak perangai merajuk tu...

May 24, 2012

Tangan gatal...

Salam uols... erk!korang jgn terkejut kalau entry aku semalam adalah ulangan entry 17/5 punyer... Hah itulah tangan gatal godek entry post lama terus jd entry post baru...pastu dah tak tahu camna nak betulkan balik.Aku tengah kering idea nak citer ape dalam blog ni... sebab tu tak banyak entry post baru...gambar pun asyik guna gambar dlm iphone jer sbb camera cybershot aku dh lama rosak. Nak beli yg baru ongkos nya belum cukup, jadi layan jer guna iphone ambik gambar...okaylah nanti aku sambung lagi.Babai...

May 23, 2012

Apa Pakar Kulit Kanak2 kata...

Semalam kan aku bawak Keisha jumpa Dr. Sabeerah Begum,Pakar Kulit Kanak2 HKL...appointment pukul 2 ptg kat Institut Paediatrik HKL. Pagi tu terkocoh2 bersiap sebab terbangun lambat...terjaga dari tido dah kul 7.45 pg sebab malam tu layan Telemovie Parit Jawa...Hah! padan muka dah tahu ada appointment tengok lagi telemovie sampai lewat malam. Adam pun dah tak pergi sekolah sebab aku bangun lambat...dia rilek aje ponteng sekolah. Boleh ikut mama dan  papa jalan2...Keluar rumah kul 10 pagi berkejar pulak ke KLCC sebab hubby ada meeting dgn client kat Aseana Cafe kul 11 pg.Sementara tunggu hubby habis meeting bawak anak2 isi perut dululah..Pastu terus bergegas ke HKL dlm kul 1 ptg camtu... masyallah dekat 40 minit berpusing2... baru jumpa parking.Parking lot dpn Inst Paediatrik lagi worst! Orang parking ikut suka ajer...

Ini adalah pengalaman pertama aku datang Inst Paediatrik HKL... lepas register yg aku kena bayar RM30... dapat nombor pegi bilik timbang. Lepas timbang Keisha tunggu giliran pulak depan bilik doktor... Nombor giliran aku 206, masa tu nombor baru 202... adalah dalam sejam aku tunggu sebab bilik nombor 9 tu selain bilik pakar kulit adalah bilik pakar respiratory jugak...Then bila nombor giliran aku menyala.. aku kena masuk bilik nombor 8 sebab Dr Sabeerah, pakar kulit tu suh masuk bilik nombor 8. Bila doktor sampai dia terus tanya umur Keisha. Aku jawab 13 bulan. Doktor kata hemangioma ni sepatutnya dirawat seawal bayi 6 bulan sebab ia macam uri bayi. Kadar permbesaran hemangioma akan membesar selepas umur 6 bulan sehingga 18 bulan lepas tu pembesarannya akan statik sampai umur 10 tahun. Lepas 10 tahun baru kadar pengecilannya akan berlaku 10^ setiap tahun.Doktor Sabeerah pun hairan kenapa baru sekarang kami bawak Keisha berjumpa dengannya. Kami terangkan memang lepas 2 bulan Keisha lahir baru nampak hemangioma tu, then Dr koshy pernah terangkan rawatan yang ada utk hemangioma iaitu kaedah rawatan propanolol atau senang faham guna ubat darah tinggi utk kecilkan hemangioma tersebut.

Tetapi Dr Koshy ambil pendekatan wait and see sampai umur Keisha setahun untuk dia lihat samada hemangioma tu membesar atau mengecut selari dengan usia dia sampai 2 tahun. Tp bila lihat hemangioma Keisha makin membesar dia mintak kami rujuk ke pakar kulit kanak2 HKL. Dapatkan nasihat samada perlu atau tidak rawatan propanolol.Dr Sabeerah kata masih belum terlambat utk buat rawatan tersebut cuma dia kata sekarang Keisha 13 bulan dan hanya 5 bulan lagi 18 bulan... untuk melihat keberkesanan ubat tu mungkin sukar sebab sepatutnya mula dari 7 bulan yg lepas... tp masih boleh dicuba.doktor kata kalau nak cuba rawatan itu, kena warded 3 days sebab nak monitor repsonse Keisha terhadap ubat tu...

Lepas discuss dengan hubby pasal Keisha nak kena warded kat HKL, jarak rumah yg jauh, next week adam exam pagi & petang... kami cuba dapatkan pendapat Dr Koshy sekiranya rawatan tersebut dilakukan di DEMC sahaja. Lepas Dr Koshy berbincang dengan Dr Sabeerah... rawatan tersebut boleh dibuat di DEMC sahaja. Jadinya tak payahlah Keisha warded kat HKL... dan lepas bincang dengan hubby, kami postponed rawatan tu next week lepas Adam abis exam... lagipun masa tu cuti sekolah dan hubby pun dah bercuti sebelum start kerja di company baru.Harap semuanya berjalan lancar next week... mama hanya harapkan yang terbaik buat Keisha. Moga rawatan propanolol ni memberi kesan yang baik untuk hemangioma Keisha.